Kelas Ms. Power Point

16 Jun 2019 | Ak4tiviti Terkini

Kelas Ms. Power Point ini diadakan pada hari Sabtu, iaitu 15 June 2019. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan PI Stungkor Baru. Kelas ini di hadiri 8 orang peserta terdiri daripada komuniti pelajar Kpg. Stungkor Baru. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Peserta belajar membuat slide show yang ringkas mengenai hobi mereka. Ini adalah asas yang pertama peserta pelajari dalam Ms. Power Point. Ini bagi memudahkan peserta ketika untuk membuat kerja-kerja kursus sekolah mereka. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan penyalahgunaan internet dikalangan komuniti masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali